Tuesday, April 15, 2008

4

Jiran sebelah punya sebelah rumah aku bela anjing.2ekor.
Seekor besar.Seekor lagi kecil.
Yang besar aku kasi nama Po.Yang kecil Yo.
Tiap-tiap kali hendak ke kampus aku kena lalu rumah jiran aku ni.
Dan hampir tiap-tiap kali jugalah aku akan kena salak.Aku tak tahu lah Po dan Yo ini dibagi makan apa.Tapi menyalak punyalah kuat.Bagai nak tercabut jantung aku.
Bukan aku seorang sahaja yang kena salak.Semua yang lalu pun kena.


Tapi semenjak dua menjak ni dah lain.Po dan Yo dah tak menyalak lagi bila aku lalu.
Nak kata sakit tekak tak juga.Sebab bila jiran-jiran belakang rumah aku (lelaki-lelaki muda) lalu, Po dan Yo tetap menyalak.Macamlah budak-budak lelaki tu perompak.

Mmm,mungkin Po dan Yo dah cam bau aku yang wangi ini.Kadang-kadang rasa gatal nak kacau.Aku sengaja jalan dekat-dekat ke arah mereka.Pon tak kena salak.
Uish,lega dan gembira rasanya hati.

Cuma sedikit kepelikan.Setiap hari aku dibangunkan dengan salakan Po dan Yo pagi-pagi buta.Selalunya dalam pukul 4lebih.Nak kata ada orang lalu waktu itu agak mustahil.Aku pun tak ada dengar bunyi tapak kaki manusia.

Tapi aku pikir positif lah.Dapat aku bangun subuh awal.Hehe.



Lebih kurang macam ini lah wajah Po dan Yo.Ini gambar hiasan saja.Tak ada kerja aku nak pi snap gambar sebenar.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com