Wednesday, April 30, 2008

8

Sekarang tengah di research lab.Macam biasa la.Kena ada di lab sebelum pukul 10.Tapi bukannya ada kerja nak buat pon.
Actually,kepala tengah pusing-pusing la.Banyak benda nak dipikirkan menjelangnya 'hari' itu.Ye lah.Lebih kurang lagi 3bulan je lagi.Aku dan Dia,dua-dua ada di sini dan kami hanya akan balik seminggu sebelum.Persediaan untuk 'hari' itu pun kebanyakannya diuruskan oleh Papa dan Mama.Walaupun setiap kali aku telefon,Papa dan Mama akan mengupdatekan aku dengan perkembangan persediaan terbaru,hati aku tak cukup tenang sebenarnya.Maklumlah,aku tak nampak ngan biji mata aku sendiri.
Balik bulan Mac hari itu,aku dan Dia sudah cuba selesaikan beberapa perkara.

1.Kami pergi kursus selama 2hari di Medan Tuanku,KL.Nasib baik kursus itu tak sebosan yang aku jangkakan.

2.Kami buat ujian HIV.Dia buat di klinik lain.Aku buat di klinik lain.Papa bawa aku pergi.Nasib kurang baik.Ramai sangat orang sakit hari itu.Lama tunggu turn jumpa doktor.Dekat 2jam baru selesai.

3.Aku,Dia,Papa dan Mama ke Nilai,Seremban.Tempah dekorasi bekas hantaran.Barang-barang hantaran macam kasut ke wallet ke tu dah kami beli di Jepun.Jadi tengok-tengok bekas sesuai untuk letak barang-barang hantaran.Sambil pilih warna tema untuk aku bagi ke Dia.Dia pilih warna lain pula untuk aku.Letih juga rupanya memilih.Dah lah Nilai tu besar,sakit juga kaki aku berjalan masuk semua kedai.Maklumlah,nak pilih yang terbaik.Baru puas hati.
Oh ya.Gubahan barang-barang dalam belas yang ditempah tu nanti aku buat sendiri insyaAllah.Bukannya susah mana pun.Susun-susun sikit.Aku dah pernah buat pun masa nak tunang dulu.

4.Kami pergi sewa baju kahwin.Pergi beberapa kedai tapi pakej yang ditawarkan tu bagi kami kurang menarik lah.Mahal pulak tu.Akhirnya kami ambil khidmat butik di Plaza Alam Sentral,Shah Alam.Kakak Dia dah pernah guna khidmat butik ni masa kahwin hari itu.Jadi kami dapat lah diskaun sikit.Dah kenal keluarga la kononnya maka senang la nak bekerja bersama.

5.Aku,Dia,Papa dan Mama tempah dewan.Haaa..yang ini pun timbul masalah juga.Dewan yang kami cadang nak buat tu rupanya dah penuh dengan tempahan.Tarikh yang kosong pula tak sesuai dgn cuti kami.Aduh..lemah semangat aku masa cari dewan ni.Adalah 3 ke 4 dewan kat Gombak ni Papa pergi survey.Semuanya penuh.
Alhamdulillah nasib kami masih baik:).Ada akhirnya satu dewan yang kosong.Tapi tarikh asal yang kami mahukan pun sudah ditempah.Kami dicadangkan dengan tarikh baru.Dan disebabkan tarikh baru itu masuk dalam tempoh cuti kami,bolehlah tempah.Yeay,berjaya akhirnya(dan kami lagi beruntung sbb tarikh baru lagi lawa..hehe).Dewan tu pun cantik(bagi kami la).

6.Kami settlekan borang nikah.Tapi masalah betul lah.Tandatangan imam masjid boleh minta dalam tempoh 3bulan sebelum tarikh.Ish,kami dahlah balik seminggu sebelum.Mana la sempat.Tapi nasib baik Dia berjaya dapatkan tandatangan imam selepas ceritakan situasi kami.Lagipun kalau ada ahli keluarga yang baik ngan tok imam tu lagi senang la:p
Cuma borang aku je belum settle.Tapi kami dah jumpa dan terangkan pada penolong pendaftar nikah masjid rumah aku pula.Dia dah setuju akan tolong segerakan urusan borang tu tapi kena tunggu aku balik juga.Tapi takde masalah tu.Aku dah minta Papa tolong ingatkan ustaz tu.Nombor telefon ustaz tu pun dah ada.

Haa..Itu sajalah yang kami selesaikan.Aku balik 2minggu je.Takat itulah pun yang mampu kami settlekan.Selebihnya,aku serahkan pada kebijaksanaan Papa dan Mama.

1.Kad jemputan dah pun ditempah.Tapi tengah tunggu dapat MASTER kad tu.Bila Papa dan Mama dah luluskan MASTER kad tu,barulah urusan cetakan kad dibuat.
2.Meja dan kerusi untuk tetamu pun dah ditempah.Macam mana keadaan kerusi dan meja tu,taklah pula aku tahu.Tapi aku yakin dgn pilihan Papa dan Mama.
3.Dah ditempah catering untuk makan selepas nikah.

Catering pada hari esoknya(reception) kami serahkan pada Abah Dia untuk settlekan.
Bunga pahar,berkat untuk tetamu belum lagi Mama uruskan.Tapi tak apalah.Dalam 3bulan ini masih sempat lagi.

Banyak lagi perkara lain.
Doakan lah moga apa yang kami rancangkan berjalan lancar;)
InsyaAllah.


0 comments:

 
design by suckmylolly.com