Hmm.Masalah cinta manusia.Memang macam2.Biasalah tu kan.
Ada cinta tak kesampaian , tergolek dok di pertengahan.
Ada cinta yang berkembang mekar indah sampai ke mati.
Ada cinta yang sekejap manis, sekejap pahit,pastu manis balik, pastu pahit balik.
Entahlah aku pun tak tahu.Suka hati kau lah kan.
Apa pula kau rasa tentang masalah cinta macam ni:
Jejaka A, menaruh rasa cinta mendalam pada gadis Z.Bermula sbg kawan biasa, hubungan A dan Z makin akrab.Saling memberi terima hadiah bila tiba hari lahir.Atau pun saling sentiasa tidak lupa membelikan souvenir bila salah seorang pergi melancong jalan2 ke mana2.
Hubungan baik A dan Z ni berterusan selama 3 tahun.Tapi tak pernah declare pun sbg couple.
Oh ya.Anggap lah A dan Z ni satu tempat kerja.
Haa.Anggap je lah kan.
Tiba2 kan,A dapat rasakan yang Z ni dah berubah.Z dah tak macam Z yang dulu.Z yang dia SUKAkan sangat tu.Z dah makin dingin.
Bila A call , Z tak angkat.Malah tak call pun balik.
Bila A mesej , Z tak balas.Kalau balas pun , berJAM2 lepas tu.
Bila A ajak keluar , Z tak mahu ikut.
Sebelum tu, ada pekerja baru masuk company A dan Z kerja.
Jejaka B lah aku bagi nama.
Jejaka B ni rupanya menaruh hati la pada si Z ni kali pertama nampak Z lagi.Yang B ni dah ada awek.Tapi hubungan cinta tgh bergelora.Sebabnya awek si B ni duduk jauuuuuuuuuuuh.Lepas tu, awek si B pun sedang di ngorat oleh lelaki lain pulak.Maka tengah tak bahagia la si B dan aweknya ni.Tapi belum putus pun lagi.
Maka sebab itu jugak lah (agaknya), B cuba mengorat Z.
Dan Z pun melayan dengan baik.
Point penting:
1)A, B dan Z adalah rakan sekerja kau. A, B dan Z juga mengadukan tentang masalah cinta pada kau samada secara langsung atau tidak.
2)A mempertikaikan kalau selama ni Z tak suka pada dia, kenapa Z layan? Kenapa Z kasi2 hadiah? Kenapa Z memberi harapan yang tinggi pada A? Kenapa? Kenapa?
3)Z menyatakan cinta tak boleh dipaksa. Z pernah cuba untuk menyukai A tapi tak berjaya.
4)B nak cuba masuk line Z.Tapi rasa tak sedap hati pada A yang sedang frust menonggeng.
5)A tak tahu yang B menaruh hati pada Z.Juga tidak tahu yang B dan Z sedang 'baik'2.
Persoalannya kan.Z sekarang layan si B. Layan bukan macam kawan biasa dah. Tapi Z ni betul ke suka kan si B ni?
Ataupun bagi Z, Z tiada niat utk memberi harapan pada sesiapa pun.Baik A atau B.
Hmmmmmmm..
JADI,apa yang kau akan buat?
Aku?
Aku surrender dah.Masuk campur lebih2 ni aku tak minat.Pepandai lah.Bukan budak kecik lagi.Dah besar pun semua kan.
Kesimpulannya, bagi aku la kan. Usah la dilayan lebih2 orang yang kita TAHU dia minat kat kita.Tak baik woo kasi harapan.Layan je la macam kita layan orang lain.Oh kecuali, kita pon sama suka kat dia.Go on..proceed~
Thursday, June 12, 2008
24
Posted by FF at 4:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment