Dada senak.Pernah tak rasa?
Entah lah.Aku tak tahu kenapa kena rasa macam ni.Rasa macam dada tu penuh sangat yet tak boleh nak keluarkan.Or tak tahu macam mana nak keluarkan.Huhh.
Aku rasa maybe banyak benda yang aku simpan dalam dada ni.
Sakit hati, aku simpan.
Marah, aku simpan.
Kecewa, aku simpan.
Sedih, aku simpan.
Rindu, pun aku simpan.
Dah tak ada ruang agaknya.Agaknya je lah.
Tapi terseksa la weh rasa macam ni.
Ke sebab aku fikirkan sangat?
Haa..tu satu perangai aku.Suka fikir satu masalah tu dalam2 meleret ke mana2.Semua negatif2 belaka.Argh!Lepas tu simpan sorang2.
Eh, sorilah.Terpaksa tulis luahan yang orang tak paham kat sini.Aku ingat nak tulis dalam diari. Tapi diari lama dah buang lepas aku tunang dulu.Biar lah semua sebelum ni jadi kenangan.Lepas tu dah tak beli diari dah.
Betapa banyak jalan keluar yang datang setelah rasa putus asa,
dan betapa banyak kegembiraan yang datang setelah kesusahan.
Siapa yang berbaik sangka pada Pemilik 'Arasy dia akan memetik
manisnya buah yang dipetik di tengah2 pohon berduri.
LUPAKAN masa lalu dan semua yang pernah terjadi,kerana perhatian yang terpaku pada yang telah berlalu dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.
Jangan menyibukkan diri dengan masa depan,sebab ia masih berada di alam ghaib.Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
Wednesday, September 24, 2008
68
Posted by FF at 12:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment