Semalam aku tutup sementara blog.Tak lama.Sekejap saja pun.Sebabnya,semalam aku menulis tidak menggunakan akal.Malah menggunakan emosi.Oh inilah dia perempuan yang tercipta dengan satu akal tetapi sembilan emosi!SEMBILAN!
Tersedar yang hasil tulisan itu bisa mengundang gaduh dan marah, segera aku tutup sementara blog ini.Nasib baik masih mampu berfikir waras.
Bangunlah perempuan.Jangan hanyut dengan emosi kau itu!
Seorang sahabat lelaki yang aku kenal semasa belajar di kolej (kenalan bertukar2 soalan SPM sekolah )dahulu menegur aku melalui YM.
'Tolong aku weh'
Ayat pertama itu saja membuatkan aku tak mampu untuk mengabaikan tegurannya.
Oh.Setelah beberapa lama ber'chatting', baru aku tahu rupanya dia bermasalah dengan tunangnya.
'Kenapa baru sekarang?Selepas 5 tahun kauorang berkawan.'
'Aku pun tak tahu.Perangainya makin menjadi2.Dulu tak macam ni.'
'Lecehlah perempuan!'
Haha.Perempuan juga yang disalahkan.
'Bila aku telefon, dia diam.Bila ditanya kenapa, jawabnya tak ada apa2.Dah dia kata tak ada apa2, maka aku buat macam tak ada apa2 yang berlaku.Tiba2 dia mengamuk, katanya aku tak sensitif dgn perasaannya!'
'Pernah sekali.Dia mengadu sakit gigi.Maka aku suruh ke klinik.Dia tak mahu.Aku suruh makan ubat.Pun dia tak mahu.Habis tu?'
Pelbagai masalah.
'Ah.Kalau macam ni baik putus!'
Ya Allah.Ke situ penyelesaiannya?
Payah benar untuk aku tenangkan sahabat aku ini.Marah benar agaknya.Tetapi dia mengutuk tunangnya seorang perempuan, kepada aku yang juga perempuan!Lupa agaknya.Heh.
'Perempuan bercakap menggunakan hati.Kau takkan paham jika kau tak cuba untuk paham. Malah kau takkan paham jika kau melihat masalahnya dari mata lelaki.'
'Bila kelakuannya dingin tetapi menyatakan tak ada apa2, maksudnya sebaliknya.Adalah sesuatu yang tidak disenanginya tu.Maka kau kena pandai memujuk agar dia menceritakan.'
'Bila dia mengadu sakit, kau tak perlu beri penyelesaiannya.Dia bukan budak kecil.Dia juga tahu apa yang patut dia lakukan.Dia mungkin cuma hanya mahu bermanja, atau lebih tepat perhatian!'
'Jangan mudah ambil kata putus.Ini soal masa depan.Cuba lah dulu untuk memahami.Jika tetap tidak berjaya, terserah pada kau.'
Penyatuan dua manusia.Berlainan jantina, cara pemikiran. Ya, bukan mudah.
Tapi, ada caranya.
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (AlBaqarah:153)
Friday, November 7, 2008
89
Posted by FF at 10:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment