Thursday, March 26, 2009

121

Oh tensen.Baru je nak terlelap tadi, sekali CH msg la pulak.Terkejut, pastu dah tak boleh nak sambung tidur.
Tadi baru balik dari immigration.Pegi ambik visa yang dah siap.Ceh, kedekut gila immigration.Kasi visa aku valid setahun je sampai March 2010.Takpe2, aku pun dah malas nak duduk Jpn ni lama2.Dah nak masuk tahun ketujuh dah, kulit tak jadi putih gak.Haha.Ayat sombong tak ingat.Astaghfirullah.
Dah dapat visa tadi, terus buat sekali permission nak buat part-time-job.Lepas ni boleh la nak start apply2, cari2 mana sumber2 pendapatan tambahan yang boleh dapat.Selagi still larat ni, ingat nak jugak la cari duit2 tambahan sikit.Daripada dok melangut kat rumah, oh boleh gila aku asyik tengok jam pukul berapa CH nak balik.Haha.

Oh pernah gak orang tanya aku.Kenapa tak sambung master?
Jawapan: Sebab aku dah rasa macam penat sangat la belajar.Haha.Tak nak mengaku malas.Lagipun kalau CH kerja dekat2 dgn university aku dulu, boleh la gak aku nak sambung master.Lagipun prof aku dah offer nak kasi recommendation.Kira tak payah la amik2 exam.Tapi kalau aku nak sambung kat U lain, aku kena amik exam la pulak.Exam= Belajar.Kirim salam la ye.Tapi aku respect la kat kawan2 aku yang sambung master.Very the rajin.Kipidap gals!! :)

Kenapa tak cari kerja tetap kat sini?
Jawapan: Oh sebab macam susah je kerja kat sini.Discrimination laki perempuan dekat sini macam kuat la.Haha.Tu alasan aku la.Tapi sebenarnya aku ingat nak relax2 sikit lepas dah grad.Tu yang malas cari kerja tetap tu.Kalo part-time, boleh la nak adjust2 masa sesuka hati aku.And batch aku yang perempuan pun takde kot yang kerja sini.

Aku dgn CH pun bukannya nak tinggal lama lagi kat sini.Mengikut planning tak lama lagi balik la dah.Balik Msia nanti aku start la jadi career woman yang berjaya.Heh.InsyaAllah.Oh 30hb ni kawan2 ku dah nak balik Msia dah.Back for good.Huhu.Sunyi la sikit hidup aku nanti.Takpe2.Kauorang sesiapa yang nak kahwin tu nanti sila tunggu aku balik ye.


P/S: Alhamdulillah.Dah 20weeks out of 40weeks keseluruhannya.Kiranya,kami dah halfway there:)! Yoku gambattane~

0 comments:

 
design by suckmylolly.com