Tuesday, July 21, 2009

139

Oh,apakah?
Pemalas sungguh nak update blog.

Walaupun sepatutnya Jepun cuti 3hari(Sabtu,Ahad,Isnin) sebab Isnin tu Hari Laut(Apa pekdah hari laut ni pun aku tak tahu), CH cuti 2hari je.Sabtu kerja.So, Sabtu tu malas nak keluar.Pfffttt.

Hari Ahad,jalan2 pergi Inuyama Castle.Haha.Ilmiah sungguh.Actually dah tak tahu nak pergi mana.So main jalan je.Nak sampai kat castle tu kena naik tangga tinggi la pulak.Semput termengah2 aku dibuatnya.Perut dah berat lah.Ada je amik gambar.Tapi terasa malas pulak nak masukkan dalam komputer.

Hari Isnin adalah hari mengemas rumah.Bukan kemas apa pun.Clearkan barang2 dalam bilik tidur tu.Ye lah.Barang bukan main banyak.Nanti insyaAllah ahli keluarga nak bertambah.Tempat kena la sedikit luas.Hehe.

Hari ni hari Selasa.CH keja syif petang/malam.So, pagi tadi sempat la pergi klinik buat checkup.Arghh,tension bila pergi klinik ni sebab menunggu punya la lama.Walaupun dah buat appoinment pukul 1130am, dekat2 pukul 1230 baru dia panggil.Tuh baru nak masuk bilik jumpa doc.Habis jumpa doc kena tungguuu lagi sebab nak amik darah.Habis amik darah tungguuuu lagi sebab ada bincang2 dengan midwife.Akhirnya 2lebih baru siap semua.
Hoih.Tahap kesabaran perlu maksimasss la.
Tadi masa session bincang2 dgn midwife tu, midwife tu cakap dah boleh bersalin bila2 masa je sekarang.Sebab dah full term.
*Gulp*

Lepas tu kan,dah 2kali tau nurse amik darah aku yang menyebabkan tangan aku jadi lebam.Tapi nurse2 tu yang berlainan la.Boleh tak kalau aku nak saman?
Nanti duit saman boleh guna bayar duit bersalin.Wah wah wah.Gila kreatif.
Aku pun taktahu kenapa.Tadi dia kata, dah separuh jalan tu darah aku dah taknak keluar.Macam ter-stop.So,tukar tangan lagi satu.Huhu.
Suka hati la.Nanti kalau yang satu ni pun ter-stop gak, amiklah pulak kat kaki ye.

****

Hari tu chat dgn starter junior masa kat TKC.Starter = pet sis.
Habis la mengimbau kenangan masa sekolah dulu.Rasa macam baru hari tu je aku habis SPM, sekarang dah nak jadi mak orang dah.Ishk.

Haha.Ada satu kenangan kat TKC yang menyebabkan aku jadi sedikit penakut sekarang.
Malas betul aku nak cerita detail.Kang aku gak yang terbayang2 time malam.Haha.
Tapi Alhamdulillah nasib baik aku tak pernah pun nampak benda2 ni.Tak nak pun boleh nampak ke apa.Nauzubillah.

Cuma sampai sekarang la kan aku hairan apasal budak yang kena tu bila dia nampak 'benda' tu, dia akan jerit panggil nama aku.Masa tu aku Form 5.Dia ingat aku berani sangat kaa?
Pernah sekali aku tengah makan lunch kat dining hall sambil gelak2 gossip2, kawan budak tu boleh lari2 cungap2 panggil aku.
'Kak F, Kak F, dia dah kena balik dah.Dia jerit2 panggil akak tu.'
Huiks.Jeritlah panggil Ketua Badan Agama ke logik la sikit kan.

Sekali ni lagi kelakar.Eh kelakar ke pun.Bagi aku dan kawan2 aku time tu, kelakar lah.
Masa tu tengah prep malam, and aku tengah kelam kabut siapkan homework sebab prep petang telah digunakan untuk tidur.Haha.
Sekali kawan budak yang kena tu datang panggil aku.
'Kak F.Dia kena lagi.Dia kata nak pergi pokok kemboja belakang bilik akak tu.'

Hoho.Aku tahu la pokok kemboja tu memang 'keras' sikit. Ustaz yang datang tengokkan2 pun memang ada cerita dengan aku.Tapi Alhamdulillah la aku tak pernah pulak kena kacau.

So, aku dgn kawan aku pun pergilah kelas budak ni.
Masa tu dia dah berdiri kat pintu kelas dah.Kira dah ready la nak pergi pokok tu.
Aku tanya la..
'Haa,nak gi mana pulak ni?Kan tengah prep ni.'

'Nak pergi pokok.'

'Oooo.nak pergi pokok rupanya.Haaa, pergilah.Elok2 ye.Depan hall tu gelap sikit.'

Serious masa tu aku macam malas nak layan.Sebab kerjaa aku manyaakkk tak siap.
Sekali dia terus duduk kat kerusi dia.Cancel nak pergi.Aikkk.Macam tu je?Hoihhh.

Oh.Budak yang kena kacau ni Form 2.
Aku tak rasa dia buat2, sebab memang ada panggil ustaz tolong2 elokkan. Part tu aku malas la nak ingat balik.Memang meremang la bulu roma.
Cuma maybe la maybe,lepas dah sembuh tu dia saja layan2 kan lagi perasaan dia tu.
Nak bermanja dengan aku agaknya.
Haha.

Masa tu aku belum penakut.
Sekarang je yang tiba2 aku jadi kurang berani sikit.


Eh, apa yang aku merepek panjang2 ni.
Lupakah aku yang minggu ni CH syif malam?

0 comments:

 
design by suckmylolly.com