Monday, June 7, 2010

170

Hero-hero ku!


Sejak balik Malaysia, CH suruh (ke paksa?) aku sambung Master. Dan setiap kali tu jugakla aku malas nak layan dia.Haha.Aku dah penat nak belajar ok.Sila paham.

Tapi untuk memuaskan hati CH, aku apply la jugak kat satu uni ni.Aku ingat lagi,apply akhir bulan 1.Kebetulan masa tu ada kekosongan terbuka.Kira after apply, if berjaya nanti belajar dgn scholar uni tu sampai PhD.Then,automatically jadi lecturer uni tu la.

Setelah 2 bulan menunggu,aku tengok keputusan adalah unsuccessful.
Tak tahu la nak sedih ke tak.Aku apply pun lebih kepada sebab CH yang suruh.Tapi entah macammana, aku termenangis la jugak.Maybe sebab aku tak suka the feel of being rejected.Kalau aku yang reject takpe lah.Haha.So ambil keputusan nak bekerja macam biasa.CH pun dah redha.Bukan salah aku, aku dah mintak tapi tak dapat.Hehe.Aku pun start la apply kerja betul2.Ada 2 company je pun aku gi interview.Satu yang tempat kerja aku sekarang ni, satu lagi tempat CH kerja.Kalaulah dapat sekali dgn CH alangkah indahnya.Haha.
Ye lah tu, indah la sangat.Pergi kerja ada CH,balik rumah dengan CH..bila masa nak rindu entah.So mungkin sebab tu lah aku tak dapat kat situ.Walaupun hati kecewa sebab tempat CH gaji best.Hehe.

Alhamdulillah dapat yang sekarang ni pun ok lah.

Tapi boleh pulak first day aku kerja, lepas dah sign agreement semua, uni tu email panggil interview.Hukaleh, hari tu kata unsuccessful.Apa kena pulak ni.
Malas jugak la nak layan.Ingat nak let go je.

Sekali, first week kat company aku tu macam kurang best.Nak buat macam mana,tak ada kawan.Kera sumbang habis la.Aku pun lemah la nak menegur sapa orang lain, Hai, boleh kita kawan?Ish, aku memang tak suka part ni.Dan mostly orang kat company ni adalah non-malay.Kebanyakannya diimport dari negara2 lain.Huwargh.

So aku pon mula la terpikir nak gi uni tu.Saja la try2.Mana tahu dapat.
Aku pun pergi la interview dgn Head of Dept mechanical Engineering.Hari hari aku doa biarlah aku dapat.Tak syok pergi kerja tak ada kawan.Haha.
And process nak kasi keputusan sangat la memakan masa.Aku interview bulan 4 haritu.Sekarang dah bulan 6.Keputusan aku dapat still tak ada hitamputih.
Tapi cara HOD tu email aku kata macam dapat,HOD tu siap dah bincang2 suruh aku buat master dalam bidang apa, PhD nanti nak suruh aku pergi negara mana. InsyaAllah nanti ada interview lagi sekali dgn Dean pulak.Tapi yang tu pon entah la bila pulak.

Tapi ye lah,dah 2 bulan.Sekarang aku dah mula selesa dgn kerja aku, Office aku.Dah ada kawan boleh masuk kepala.

Begitulah ceritanya.
Kesimpulannya, kalau dapat scholarship sambung belajar to Master and PhD, aku dah decide nak terima.Peluang yang rasa sangat rugi if aku tolak.

Tapi if tak dapat pun, aku boleh survive dekat company sekarang.Dah best dah.




Doakan lah yang terbaik.Kami pun tak tahu mana yang terbaik untuk keluarga kami.

DIA je yang tahu.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com