Semalam ada meeting. Habis meeting Pengarah kasi air soya kotak besar sorang satu.Untuk buka puasa katanya.Mekasih bos!
Tadi pulak Pengarah ada meeting dgn orang luar (lecturers) wakil dari universiti2 kat Msia(Dia suruh aku join sama utk tolong2 dia).Habis meeting Pengarah kasi duit raya sorang satu kat mereka. Berapa agaknya dalam sampul tu? Paling cikai pun mesti RM50 kan. Oh untuk saya tak ada ke bos? Huhu.
Kalau macam ni, mari la kita meeting hari2 bos.
Ini adalah bilik Pengarah.Dia sekarang duduk kat bilik lain and sepatutnya kena pindah masuk sini. Tapi masa aku datang tu tak ada bilik kosong. So dia kata sila la duduk kat bilik dia ni dulu.Dia pun belum nak pindah masuk.
Tapi haritu dia panggil lagi. Dia kata,'Saya tak rasa nak pindah bilik tu. Dah selesa kat sini'. So dia suruh aku guna.Ha ha ha.
Mungkin dia dapat rasakan aku akan menggantikan dia satu hari nanti :p
Oh,sorry. Saja berangan.
_______________________________________________________
Ermm.Esok CH ajak buka puasa luar. Nak kena booking dulu so CH tanya nak bawak BB ke?
Satu masalah nak jawab.
Kalaaau la boleh, pergi mana2 aku nak bawak boyfriend kecik ku itu. Tapi dah lah tgh demam, selsema semua..kesian.Tambah2 nak berbuka kat luar, alang2 bayar banyak tu baik makan sampai puas hati. Tapi terbayangkan BB nanti mengamuk2 semua.. aku cakap kat CH tak payah lah bawak. Tinggalkan kat rumah. Tapi macam guilty ok, nak pergi makan2 kat luar but tinggalkan anak dgn parents.Aku tahu papa and mama memang tak kesah, infact dah byk kali aku nak keluar and mama suruh tgglkan je BB.Aku je yang degil nakkkk jugak bawak.
Menurut papa and mama, BB adalah sangat baikkk bila aku tak ada. Kira macam pandai bawak diri la. So aku harap bila aku and CH buka puasa kat luar ni, BB tak ada lah buat perangaiiii kat rumah macam selalu masa berbuka. Aku nak makan, dia lebih kepada nak cedok kuah kasi tumpah..langgar air biar tumpah. Huhu. Peninggg!
Thursday, August 26, 2010
188
Posted by FF at 2:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment