Aku dah tak ada mood la nak berblog2 ni. Dulu tulis dalam blog sebab nak kasi family kat Msia tahu perkembangan semasa time bermastautin kat Jpn dulu (tujuan utama) di samping sesi meluahkan perasaan(tujuan sampingan). Sekarang ni memandangkan tujuan utama tu dah dihapuskan, maka tinggal lah tujuan sampingan yang tak berapa nak penting. Tu pasal bertambah malas.
Takpe lah.
Maka izinkan aku nak luahkan perasaan kejap.
Aku tak berapa suka la bila niat kita hanyalah nak buat kerja yg dah diamanahkan, tapi secara tak diduga menyebabkan orang lain susah.
Contoh la kan; semalam boss kata kat aku masa meeting.
'FF, esok pastikan kamu semak surat untuk blablabla' *buat muka rajin sambil take note*
So hari ni, aku pegi la jumpa boss kan.
'Boss, mana suratnya yang saya nak semak tu?'
'Oh kejap.' *Boss dail2 no tepon*
'Mana surat utk blablabla tu? Saya nak sekarang.
Apaaaaaa? Tak siap lagi. Apa lagu niiii. Kerja mcm &"%#!"#%$.Ni macammana ni, FF kena semak surat tu.. '%%#!$"! Siapkan sekarang!'
*Hempas telefon*
Aisehman.Kalau org yang kena marah tu tak kenal aku dan aku pun tak kenal dia, biaq pi la kan. Tak ada la nak kisah sangat.
Tapi ni org yg kena marah tu satu department dgn aku. Hari2 tgk muka.
Tak syiokkkk la.
Sorry ya cikk. Saya buat kerja saya je.Tak ada niat bodek ke hapa.Harap maklum.
Wednesday, October 6, 2010
193
Posted by FF at 1:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment