Tuesday, February 8, 2011

202

Hari ni birthday mama yang ke 61. Happy birthday Mama, I love you. Dah 61 dah umur mama. Still kuat dan bersemangat sampai aku kagum. Setiap hari mama bangun awal pukul 5 lebih utk siapkan breakfast kami pergi kerja. Tidur malam pukul berapa aku tak tahu sebab masa aku tidur pukul 10 tu mama selalunya tak tidur lagi. Pergi pasar, masak, kemas rumah, basuh baju semuanya mama buat hari2. Sekarang ni tambah pulak jaga cucu yang extra comel tu, sure mama penat. Cuba kalau aku, confirm nak mengeluh je sepanjang hari. Mama pergi pasar jalan kaki je. Bila kami offer nak hantar naik kereta, mama akan cakap 'tak payahlah. mama nak jalan. boleh exercise sikit'. Independent, that's her. Cuma kadang2 papa/adik hantar jugak la naik kereta. Kadang2 balik pasar, aku tolong la angkat barang2 dibeli. Tu pun bila dah sampai depan pagar rumah. Mak aih, serious berat. Yang itu la yang mama bawak all the way dari pasar. Kuat betol.
Memang betol la. Buat macam mana pun, takkan terbalas jasa mak ni kan.
Oh mama dah tak baca blog ni sejak aku balik Msia. Dah mengadap muka hari2, apa kerja nak baca blog kan.


Esok pulak birthday CH. Happy birthday babe!
Hehh. CH kat Johor, ada kursus 4 hari sampai Khamis. Tapi dia gerak hari Ahad lagi. CH takde ni rasa macam sunyi pulak. Maybe sebab CH byk cakap so bila takde terasa la kesunyian tu. Lagipun sekarang ni kan kami pergi balik kerja bersama. So dalam kereta tu ada la jugak orang nak borak2 walaupun ada hari yang diaaaaam je sebab gaduh2 manja. Biasala tu, kalau dah kahwin mmg macam tu gayanya.

BB pulak, aduh macam2 skill dah ade. Seronok tapi letih gak la nak melayannya. Pasu, stand lamp dah pecah dah. Biasa la budak kecik memang tahap curiosity tu membuak2. Semua benda nak dipanjat nya. Habis tu berapa banyak mama nak ganti kat atok, nak oiiiii?
Dinding, kerusi, meja, baju, seluar sume dah ada hasil graffiti BB. Memang berbakat besar. Tu belum kaki, tangan, perut semua nak diconteng. Hari tu pusat sendiri pun boleh dia nak conteng.Huuuu..Pining kapla.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com