Semalam(Selasa) cuti hari Wesak. So kami apply leave untuk hari Isnin tu. Jadilah cuti 4 hari. Woohoo.
Jumaat tu balik kerja terus minta CH tolong potongkan rambut. Hasilnya..erm not bad lah, macam kena potong dengan cikgu disiplin. Haha. Eh ni bukan aku kutuk eh, CH sendiri cakap macam tu. Tak kesahlah, yang penting kurang serabut.
Emm hari Sabtu pagi, pergi Tesco Ampang beli pampers BB. Beli pampers pon perlu ke nak cerita? Tabiat CH adalah beli pampers BB time ada sale buat stok bukannya tunggu time pampers dah nak habis. Hasilnya kat rumah tu adalah dalam 5 eh ke 6 pek yang tak bukak lagi. Semua size L. Aku harap BB tak bertukar menjadi size XL dalam masa terdekat ni or else takde maknenya buat stok.
Lepas tu kami terus ke Corus Hotel kat Jalan Ampang. Sebelah Ampang Park tu. Sebab ada Clarks Warehouse Sale. Sampai2 kat parking hotel dalam pukul 1115 kot macam tu. Sekali tengok line nak masuk panjang sampai keluar hotel. Huhu. Naseb baik dah biasa berator2 ni time kat Jepun dulu. And walaupun line panjang tapi tak lama la. 30 minit macam tu dah dapat masuk. Tapi orang ramai gila i tell yuu. And kita kena berebut2 mintak kat kaunter nak kasut design macamana, size apa sume. Takde beratur2 dah kat dalam tu. Semua org main terjah je, tolak2 bagai. Seriously, kalau takkerana harga yg dioffer tu mmg byk beza dgn harga biasa,memang tak kuasa nak menghadap semua tu. Tambah2 kitorang ada BB. Silap2 kang habis penyet anak aku makcik2 ganas tu himpit. Wah wah dalam2 tak kuasa tu, berjaya juga la beli 2 pasang sorang. Haha. BB punye je la yang satu..sebab dah tak ada pilihan.
Hari Ahad.. pagi2 kami ke Jalan TAR. Ambik baju melayu CH yang dah siap lama dah, cuma takde masa je nak pi amik. Tau la kan Jalan TAR, sentiasa ramai orang dan panas adalah terik,huh. Nasib baik mula2 tu BB tido, so tak payah la nak melayan karenah dia sangat. Habis amik baju, ke SOGO la plak. Kat SOGO tingkat paling atas tu kan ada Warehouse sale untuk sapa ada membercard. Maka hasilnya, kami beli 5 biji comforter set tu. Apa nak buat banyak2? Sebab harga masih dalam kemampuan kami, so beli siap2 untuk masuk rumah baru nanti insyaAllah. Tu la kan, masa membeli tak ingat, dah beli baru sedar. Sapa nak angkat 5 biji set tu? Dah lah berat. Tambah pulak dapat bantal free 6 bijik. Dengan BB yang kalau jalan sendiri tu sekejap nak pi sana.sekejap nak pi sini tu, dengan stroller yang BB taknak duduk di dalamnye lagi..Oh dengan parking jauh lagi,maklumlah tak terpikir akan beli banyak mcm tu. Padan muka. Sampai2 rumah lepas solat dan rehat, terbongkang la tidur sampai petang. Dengan BB sekali.
Hari Isnin.. pi Sunway Pyramid. Semata2 untuk makan kat Capriciossa(aku tak sure ejaan), kedai ada jual sphagetti dll makanan itali..CH la yang beriye2 benar sebab dulu kedai ni ada kat Nihon. Dia dah makan dan sedappppp katanye. Dah alang2 baru bukak kat Msia, teringin jugak nak try. Dan yappari, memang lazat, aku suka. Walaupun mulut ada ulser tak menghalang dari habiskan sepinggan.
Hari Selasa.. ermm ingat nak cari baju raya aku. Haha. Puasa pun belum tapi tak peduli. Saja je pon. Tapi tak ada yang cantik la. Maklumlah cari pon kat JJ Wangsa Maju je. Memang la tak ada. Akhirnya makan Nandos dan balik.
Maka berakhirlah cuti 4 hari yang aku rasa sangat full dihabiskan bersama CH dan BB.
Hari ni CH pegi Langkawi. 3 hari sampai Jumaat. Harapnya BB tak bangun di tengah2 malam menyebut nama papa.
Biasalah, bila ada depan mata..asyik lah nak bercanggah pendapat, masam2 muka sikit, jual mahal sikit.Tapi bila takda..baru la nak tercari2, rasa sunyi sikit kan. Ni BB la macam ni, aku OK je bila2 pon. Haha, denial gila.
p/s: CH, cokolatsssssss jgn lupa.
Eh kenapakah tak boleh nak upload gambar? Dah sepuluh kali try maka aku dah malas. Tata.
Wednesday, May 18, 2011
211
Posted by FF at 11:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment