Tension betul lah.Dulu aku ada satu blog.Dan agak lama aku bertahan menulis dalam blog itu.Haish.
Apa jadi?
Tak payah lah tahu.Tak penting.Yang pasti untuk kembali menulis semula memerlukan kerajinan dan keazaman yang tinggi.Dan aku tidak ada itu semua.
Hari ini masuk hari ketiga Dia mula bekerja.Mungkin perkara biasa bagi orang lain.Tapi tidak bagi kami yang berada di Jepun.Maklum sajalah,perlu bijak menyesuaikan diri dengan pekerja lain(lain bangsa,lain agama,lain warna kulit,lain fahaman).Aku yakin Dia boleh!:)
Dan aku?Masuk tahun akhir pembelajaran aku.100% bergantung pada research,thesis dan final year presentation.Minggu depan baru research bermula.Mohon agar dipermudahkan urusan.Amin.
Oh ya!Aku sudah berpindah ke rumah baru.Setelah berpuluh-puluh kali proses mengangkut barang-barang keluar dari rumah lama,akhirnya selesai juga.Alhamdulillah.Terima kasih juga buat Dia kerana bersusah payah mengangkut benda-benda berat turun dari tingkat 3:)
Ini gambar rumah baru.Buat tatapan keluarga di sana:)
Ini ruang utama.Ada tv,speaker,heater dan peti sejuk.Peti sejuk terpaksa letak sini.Dapur sempit:(
Ini pula ruang tidur.Betul-betul mengadap set tv tadi sebenarnya.Mula-mula ingatkan nak beli
sofabed.Tak perlu guna futon.Tapi memandangkan tak ada tempat hendak simpan futon yang tak digunakan itu,simpan sajalah hasrat beli sofabed.Lagipun tak perlulah membazir.
Haa.Inilah dapur.Terletak betul-betul di pintu masuk.Rumah di Jepun memang pelik.Masuk-masuk rumah jumpa dapur.Hehe.Sempit kan?Tengoklan.Mana ada ruang nak letak peti sejuk.
Hmm.
Ini tak payah ceritalah kan.
Tak menarik pun.Saja gatal nak bubuh gak:)
Dan last,shower mandi aku.Sengaja bubuh aroma candle.Time berendam pakai lilin.Tak payah pasang lampu.Jimat letrik tuh:)


Amacam.Chantek kan?
Thursday, April 3, 2008
1
Posted by FF at 2:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment