Semalam kami ber BBQ di Mekari Park,Moji.Bertolak dari sini jam 10 lebih pagi.Hujan sedikit renyai.Tiba di sana jam 12tghhari.Ya,perjalanan yg agak lama hanya utk ber BBQ.Nasib baik bunga Sakura di Moji belum gugur .Sempat la juga kami ber-hanami(melihat bunga sakura).Alhamdulillah,cuaca kembali cerah waktu kami mula membakar ayam.
Ha.Tu tangan aku la tu yang sedang bakar ayam.Semalam 10kilo ayam berjaya dikorbankan.Hehe.Tapi aku makan 2 ke 3 ketul sahaja.Aku pun tak tahu kenapa.Perangai aku memang macam tu.Kalau ada aktiviti macam ni,aku tak suka hanya duduk dan makan(walaupun ada yang mcm ini semalam).Aku lebih gembira menyibukkan diri dengan aktiviti lain.
'Rugi la kau.Sibuk bakar ayam.Dapat makan sikit shj..'kata seorang sahabat pada aku.Dia langsung tak membantu dalam proses bakar ayam tapi sentiasa berada di tepi tempat pembakar menunggu ayam siap dibakar.Ya.Manusia memang ada bermacam jenis.Aku tak kata manusia macam aku bagus.Akan ada orang merasakan manusia macam aku ini bodoh.Rugi kerana tidak bijak ambil peluang.Bagi sahabat aku itu,buat apalah bersusah payah bergelumang dengan bara api yang panas,nanti melecur tangan.Buat apalah bersusah payah mengipas dan membakar ayam,nanti habis baju cantik berbau asap.Yang penting,dapat makan.Bukan begitu?
Apa-apa je lah.
Jam 430petang kami mula berkemas mahu pulang.Sebelum itu,sempat kami mengambil gambar permandangan di sana.Chantek kan?Atas bukit.Bawah tu ada laut dan nampak permandangan sekitar.
Kalau malam tentu lebih chantek sebab boleh tgk cahaya lampu.Auw,romantisnya.Haha.
Kanak-kanak ceria tak sedar diri dah tua(kecuali aku).Haha
Dan inilah gambar terakhir sebelum pulang.Semua msih ceria walaupun sudah letih.Tiba di rumah jam 830mlm setelah berhenti untuk sembahyang asar dan maghrib.
P/S:Oh ya!Aku berjaya bungkus bawa balik ayam dan bihun yang lebih tidak habis dimakan:).Nyum2.
Monday, April 14, 2008
2
Posted by FF at 10:14 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment