Salam.
Kembali aku ke Japan after lebih kurang 2 minggu kt Msia.Alhamdulillah.Semuanya berjalan lancar seperti yang aku rancang.
Aiceh.
Tipu lah tu kan.Aku tak boleh guna ayat tu.Sebab bukan aku yang merancang.Hampir keseluruhan perjalanan majlis dirancang oleh papa mama.Hehe.Tapi alhamdulillah.
Aku puas hati semuanya.Walaupun mungkin ada sikit2 la kecacatan kekurangan masa majlis tu, tapi overall no complaint!:)
Oh yes.Aku dan cinta hati nikah on 8August2008.Jumaat.3ptg.
Actually sebelum ni kami diinform yang majlis tu start after asar.Tapi sehari sebelum pesuruhjaya nikah tu telefon.Katanya majlis diawalkan pukul3.Sebab hari tu ramai sangat nak bernikah.Ye la.Kat area rumah aku je ada 13pasangan.
080808.Ramai sangat yang kejar tarikh ni.Lawa kononnya.
Aku?
Oh.Aku tak kisah sangat tarikh2 ni.Maklumlah,at first aku dan cinta hati plan nikah on 15August.Tapi sebab ketiadaan dewan sbb semuanya dah kena booked.Cari punya cari ada lah dewan yang kosong on the 9th August.Sebab tu la ambil keputusan nikah 8hb.
Before start khutbah nikah tu,imam sempat nasihat.Jangan dilihat sangat pada tarikh 080808 tu.Yang penting tarikh 6Syaaban 1429H tu.
Patutnya yang dinikahkan serentak ada3pasangan.Tapi satu couple tu,pengantin lelaki dia tak muncul2.Aku tengok pengantin perempuan dia dah nangis teresak2 kat belakng.Uish,kesian sungguh.
Tapi sebab tok imam tu kejar masa nak pergi menikahkan orang2 lain yang menikah kat rumah,majlis kena start juga.Kiranya selain aku dan cinta hati, ada lagi satu pasangan juga.Khutbah tu tok imam kasi sekali.Tapi aku tak dapat nak menghayati khutbah nikah tok imam tu la sbb sound system masjid very the poor.Suara macam pecah gitu.
Tapi aku tengok cinta hati elok je tunduk depan tok imam tu.Aku bajet dia dgr dgn bersungguh2 la tu.Bagus2.
Before nak akad nikah tu,tok imam akan tanya kat pengantin perempuan.Lebih kurang macam ni la.
'Betul kamu nak berkahwin dgn si polan si polan?Tak ada paksaan kan?'
Lepas tu pengantin perempuan tu akan jawab la YE sambil tersipu2 malu.Sopan la gitu.
Haha.Tak ada maknanya.Masa tok imam tu tanya aku tu aku tak dgr sbb suara tok imam tu pecah.So bila aku dgr tok imam sebut nama aku and semua orang pandang kat aku, aku pon angguk la.Agak nya sebab dah terbiasa sgt mengangguk2 kat jepun ni, aku pun telah mengangguk dgn semangatnya.Haha.Terasa macam perempuan tak sesabar nak kawin.Huhu.
Oh pastu kan.Sebelum akad,tok imam tu sempat tanya2 kat pengntin laki.Alaa,tak ada la susah pun.Dia tanya rukun nikah.
Sian pengantin laki yang lagi sorg tu.Terkapai2 nak jawab.Gelabah agak nya.
Cinta hati aku?
Auww,dengan kakkoinya menjawab tanpa ragu.Aku kat belakang sempat la senyum lega.Ye la kalau kantoi malu la i nyah.
Yang menikahkan kami mestilah papa aku:) Papa pun 1st time menikahkan anak.Few days before hari nikah tu, papa ada lah practise dgn aku.Tapi asyik kantoi je.Huhu.
Tok imam nikahkan couple yg lagi satu tu dulu.Masa tu aku rilek la lagi.Tapi bila pengntin laki tu tersangkut, and tok imam suruh ulang,aku dah mula cuak.Tapi nasib baik masa papa menikahkan kami,cinta hati telah berjaya melafazkan sebanyak sekali je.Ops lupa pulak.Papa pun berjaya tanpa sangkut.Alhamdulillah.
Eh igt nak tulis lagi pasal kenduri.Tapi lain kali la.Tak boleh lama2 sgt dpn komputer ni.Hahaha.Maklumlah,masa aku tulis entry ni,cinta hati tgh lipat baju kat bilik sebelah.
Anyway,thankyou everybody!I lebiyu alls!



0 comments:
Post a Comment