Monday, August 18, 2008

59

Gud morning everybody.

Hari ni cintahati dah start kerja semula.Maka tinggal lah aku keseorangan kebosanan kat rumah.Bangun pukul 650am.Kejutkan cintahati dan aku masak air.Cintahati kata dia breakfast minum nescafe je dah ok.Tak payah roti segala.Oh bagus.Senang aku nak menjaga.Haha.
Cintahati ke kerja pukul 715am.Kunci je pintu,aku ingat nak sambung tidur.Sekali dah naik muak aku tergolek2,mata ni taknak pejam pulak.Asal pejam je teringat muka sensei lab.Argh!Baik aku surf internet.

Oh.Meh aku cerita tentang kenduri hari tu.
Hari tu, cik E jadi pengapit aku.Oh sebelum terlupa.Terima kasih ye E.
Walaupun ada orang yang mempertikaikan kenapa E yang jadi pengapit, tapi aku pedulik hape.Ops.Terkasar bahasa.
Untuk sesiapa yang bertanya,meh aku jawabkan.
Suka hati aku la nak pilih sape jadi pengapit aku.Aku nak orang yang aku tahu boleh teman kan aku bila-bila masa.Bukan masa aku happy je.Ada paham?

Walaupun mungkin tak perfect majlis tu, alhamdulillah aku puas hati.Cukup untuk jadi kenangan terindah dalam hidup aku:)
Walaupun ditanya beberapa kali oleh kenalan2.
Bila nak bersanding?Bila nak merenjis dan tepung tawar?

Oh my beloved kawan2.Tak ada semua tu.
Pelamin kami sediakan utk ahli keluarga dan kenalan ambil gambar.

Aku ada kemushkilan la sikit nak tanya.
Zaman sekarang kan dah moden dan canggih.Pengantin diinaikan guna inai yang dalam tube tu.
Soalan pertama:Inai dalam tube tu boleh pakai ke tak?Maksud aku,kandungan kimia bahan kimia yang dicampur dengan inai tu kan, adakah akan mengubah sifat inai itu sendiri?Air sembahyang boleh lalu tak?
Ni bukan kemushkilan aku.Ni kemushkilan cintahati aku.Kalau ikut kan aku, aku yakin je.Tambah2 inai tu beli kat Mekah.Tapi made in mana lupa pula nak cek.
Tapi disebabkan aku taknak la cintahati mushkil dan terus mushkil, aku pakai inai tradisional.
Terima kasih makcik2 ku yang bersusah payah mencari daun inai yang sekarang payah nak cari.terimakasih tolong giling kan daun inai tu.
Giling ok?Nampak tak ketradisionalan nya?
Memang tak ada ragu insyaAllah.Semua dari tumbuh2an.

Lepas tu kan.Masa proses nak mekap tu,aku dah bagitahu makeup artiste aku siap2.Jangan cukur kening aku.Jangan usik sikit pun.Nanti mak + cintahati aku marah.Hehe.Nasib baik dua2 makeup artiste aku tu dgr cakap.Gud2.
Cuma kan.Masa makeup utk majlis reception tu, dia nak pakaikan aku dengan fake eyelashes.Aku pun teruja la.Sebab dia kata kalau pakai nanti nampak cantik and meletopss gitu.Huh.Aku bila dgr part cantik ni memang tergoda.Hehe.Lansung tak terfikir boleh atau tak dari hukum agama.
Oh sedih sekali bila cintahati said NO NO NO to fake eyelashes itu!
Tak payah lah katanya.
Walaupun masa tu ada sedikit perasaan protes sebab aku nak nampak lawa, aku redha la kan.Tak elok melawan.Tak sampai 24 jam jadi isteri takkan nak durhaka kan.
Maka soalan kedua aku:Apa hukum pakai fake eyelashes ek?Adakah sama dgn hukum pakai rambut palsu?

Walaupun yang makeup kan aku tu kata macam ni.
'Nak cantik kena cukur kening.Tak banyak.Sikit je pun.Lepas tu kena pakai bulu mata palsu ni.Barulah naik seri pengantin.'

Takpelah kak.Terima kasih.(Sambil telan air liur dan mata menjeling ke cintahati)

Sesungguhnya dengan keupayaan yang ada semasa itu, kami telah mencuba yang terbaik.
Bak kata Ustz Hasrizal dalam buku Aku terima Nikahnya,
Maafkanlah percanggahan yang ada.Maafkanlah kebiasaan yang ada dan cubalah untuk meminimumkan apa yang agama tidak suka.

Thankyou for coming.Thankyou for the presents.Thankyou for the doa and warm wishes.

Thankyou soo much papa,mama,abah and mama.Terusterang,mereka orang kuat perjalanan majlis kali ini.Terima kasih juga atas kepercayaan yang diberikan pada kami utk memulakan kehidupan.Oh,abang and adik.Thankyou sbb berpenatlelah.Nanti turn korang,i'll do my part:)



...kehidupan berumah tangga,tidak mengizinkan kita untuk membuat keputusan menurut pertimbangan sendiri.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com