Tuesday, October 28, 2008

83

Masa zaman mula2 datang Jepun dulu, aku memang tak reti nak menyimpan duit.
Bukan masa zaman mula2 tu je, dah bertahun2 kat Jepun pun aku tak menyimpan duit lagi.Asal dapat scholar, berjoget2 la aku bershopping mopping.Dekat hujung bulan,sesak nafas tunggu scholar baru masuk.Ishk2.
Terus terang, aku belajar simpan duit sejak aku ber'couple' dengan cintahati.Eh, benci pulak aku perkataan ber'couple' ni.Macam tak manis didengar.
Aiceh~mentang2 lah dah kahwin kan.Haha.Sorry2.

Again2.Dengan menggunakan ayat yang lebih manis.
Terus terang, aku belajar simpan duit sejak hubungan aku dan cintahati bukan lagi sekadar seorang junior dan senior.Cintahati paksa aku simpan duit wooo.Setiap bulan dia tanya satu2 mana duit aku pergi.Oh tidak.Sakit jiwa la mula2 tu.
Bayangkanlah, sebelum ni aku beli apa2 sesukahati aku.Harga tu bukan masalah besar la.Haha.Gaya cakap macam kaya sangat.
Tapi lepas tu, aku memang kurang gila la shopping.Tu pun, aku bagitahu cintahati dulu aku nak beli apa semua.
Sampai la sekarang ni.Alhamdulillah.Aku dah biasa dengan semua tu.Aku dah mampu tahan nafsu serakah aku dalam hal membelibelah ni.Aku dah pandai nak bandingkan harga.Kalau mahal aku letak balik sambil telan air liur.Hehe.
Cuma kadang2 kalau tak tahan sangat nak shopping apa2,aku ambil sikit dari duit makan aku.Haa.Tu pasal aku kurus.Tak cukup makan.Pergi marah cintahati tu.Haha.

Eh aku nak cakap sebenarnya.Sempena kenaikan yen ni,kami ingatkan nak transfer duit simpanan ke Msia insyaAllah.
Cuma kan, bila duit simpanan tu dah takde dalam bank sini nanti aku terasa macam tak selamat la.Aku macam terpikir, kalau tiba2 nak pakai duit macammana?
Hehe.Gedik je lebih.Dulu masa shopping tak pernah terpikir pulak kalau tiba2 nak pakai duit macammana?Huhh.

P/S:Ekh gambar duit2 di atas bukan duit aku.Semua gambar sapa2 tah aku cilok.Tak ada gambar kang macam tak ceria lah.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com