Wednesday, October 29, 2008

84

Wahai kawan2 ku sekelian,
Aku nak cerita satu tragedi betul2 terjadi.Moga kita dapat ambil pengajaran.

Tengah malam ahad lepas, rumah junior perempuan aku dimasuki orang.Dah namanya pun tengah malam, sah2 la budak tu tengah tidur. Tapi tiba2 dia rasa ada orang buka selimut dia.Oh tidak.Bila dia buka mata, dia tak nampak clear sangat.Satu sebab terkejut dari tidur,dua sebab dia ni memang rabun.So bila tidur malam dia akan buka spec.
Dia ingatkan yang masuk rumah dan buka selimut dia ni, budak perempuan Msia juga.So dalam mamai2 dia tanya la, 'kenapa?'
Oh sekali yang menjawab tu suara lelaki, 'shhhh' sambil tunjuk jari telunjuk kat mulut.Alaa isyarat yang suruh diam tu.
Gila apa.Maka budak ni pun menjerit la minta tolong.Lelaki tu pun kelam labut la lari.

Lepas budak tu jerit, budak2 laki Msia yang duduk sebelah2 cuba kejar lelaki tu tapi tak berjaya.

Nasib baik la budak tu selamat.Tak diapa-apakan.
Utk pengetahuan kauorang, budak ni duduk tingkat bawah.And lelaki tu masuk ikut slidingdoor tu.Kan selalu slidingdoor tu tak kunci sbb nak kasi angin masuk.

Tadi aku pergi koperasi university.Tiba2 aku terbaca notis yang tertampal kat pintu masuk koperasi tu.
Notis tu suruh budak perempuan berhati2 sebab lately banyak kes raba, masuk rumah semua dekat area university kami ni.And lelaki tu attack rumah perempuan yang duduk seorang diri.
Oh Nauzubillah.

So kawan2, sila pastikan pintu rumah dan slidingdoor terkunci setiap masa.Duduk Jepun ni dah tak seselamat dulu.Dulu bebas je nak pergi convenient store malam2.Oh sekarang silalah jangan terlalu berani.Tak bagus tau.

Kadang aku bersyukur juga sebab aku ni penakut.Tapi aku takutkan benda lain sebenarnya.Hehe.Sebab tu aku tidur biarkan TV or lampu terpasang.Lepas Subuh baru aku off kan.Kalau dari luar, orang akan tengok macam aku ni tak tidur2.
Lagipun jiran sebelah punya sebelah ni bela 2ekor anjing.Bising menyalak.Asal orang lalu menyalak la mereka.So minta2 kalau la ada apa2, anjing2 tu boleh menyalak biar orang itu lari.

P/S:Eh,nilai yen dah semakin turun.Apakah yang patut dilakukaaaaaaaaaan??

0 comments:

 
design by suckmylolly.com