Alhamdulillah.Selamat sampai ke rumah sendiri.Sedikit sunyi.
Last aku pergi tempat cintahati bulan 10 lepas.Masa ada lawan bola budak Msia tu.Cadangnya untuk tak pergi sampaaaaaai lah cuti krismas+akhir&awal tahun bulan 12 nanti.Tapi disebabkan cintahati paksa2 juga aku datang(cheh,ayat jual mahal la ni), maka Selasa petang aku gerak la ke sana.
Tak buat apa pun aku kat sana.Setakat tengok2 kerja research sepanjang menunggu cintahati balik kerja.Huhu.
Tapi hari Jumaat kami pergi main bowling! Yeay.Aku tak ingat bila last time aku main.Punyalah hilang rentak.Cheh.Main 3game dan 2 game bawah 100.Whatdakejadah la kan?Tapi takpe lah.Aku pun taknak menang.Nanti tercalar lah keegoan cintahati.Haha.Tunggulah aku beli kasut bowling & ball sendiri~
Hari Sabtu kami pergi Masjid Nagoya.Kebetulan masa aku pergi tu,ramai perempuan2 Jepun yang Islam tengah kat masjid tu.Baru habis kelas belajar pasal agama.Kagum lah aku tengok.
Dan dapatlah kami makan kat kedai halal kat Nagoya tu.
Cintahati ajak aku makan kebab 2 ketul.Tapi sebab aku lapar, aku nak kebab 2 ketul dan nasi.Gila gelojoh ok.Haha.Lepas solat Maghrib kat masjid, jalan2 naik kereta.Cintahati drive area Nagoya Eki(station).Huh.Kereta memang banyak tak ingat la.Siap traffic jam lagi.Tapi aku suka sebab illumination kat station tu cantik.Boleh tengok puas2.
Lepas tu ajak cintahati pergi Nagoya port.Sebenarnya tak tahu ada apa pun kat situ.Tapi sebab awal lagi, sajalah nak berjalan2.
Uiiii.First time woo naik kanransya.Apa ek kanransya dalam BM.Kira Eye of Nagoya lah.Haha.
Kalau orang tanya, best ke naik menatang tu.
Jawapan aku is..boleh lah.Sebab aku naik dengan cintahati.Haha.Baru aku sedar rupanya aku gayat.Budget macam berani.Sekali dah nak sampai tempat paling tinggi tu, aku rasa macam kaki aku lemah + geli2.So dalam tu aku tak berani bergerak berlebihan.
Sekian kisah kali ini.
Cintahati tak cuti hari Isnin.Kalau cuti mungkin dia akan ke N'goka.Orang dah offer main bola, susah la dia nak tolak.Aku nampak la gaya2 dia macam pasrah tak pergi.Huhu.
Monday, November 24, 2008
96
Posted by FF at 4:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment