Hehe.Bahaya rupanya buat entry blog yang hanya aku yang paham.Atau mungkin sesetengah orang je paham.Sebab orang yang tak paham akan buat andaian yang bukan2.Kalau andaian tu positif takpe gak.Ini negatiiiiiiiiif memanjang :)
Rasa macam sekejap je dah bulan Disember.Ada lagi 3 bulan sebelum aku habis belajar.
Agak tak berapa confident dengan research aku kali ini berbanding dengan research masa aku buat diploma.Maybe sebab masa tu ada senior+kawan Jepun yang sama tema research dengan aku.Dan kali ni aku buat seorang.Ada la senior Tanah Besar tolong aku.Tapi serious aku memang tak paham apa dia cakap.Sebab bunyi pelik.
Contoh:twelve dia bunyi 'turrrrrr'
Kalau dulu masa buat diploma tu, aku memang paham la research aku tu.Budget kalau masa presentation ada professor tanya2 soalan, aku rasa boleh la nak jawab.Tapi kali ni, entah lah.Maybe bila aku dah masuk proses tulis thesis nanti, baru aku paham betul2 kot.
Ada 2 benda aku yang aku looking forward sekarang :)
1.Cuti akhir+awal tahun.
2.Balik Malaysia 30 Mac!
Ada orang cerita kat aku, balik Msia lepas dah grad tu nanti naik flight dapat first class.Menarik2.Tapi tak tahu la betul ke tak.Aku terfikir gak.Kalau dah balik ramai2 tu, takkan semua duduk first class kot.
Erm,aku nak start listkan benda nak beli kat Msia untuk bawak balik sini balik nanti so tak ada la nanti aku menyesal sbb ada benda terlupa beli.
Macammana nak spend time masa cuti akhir+awal tahun nanti?Hehe.Dalam perancangan.Nanti2 la aku cerita:)
Tuesday, December 2, 2008
97
Posted by FF at 10:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment