Tuesday, October 19, 2010

196

Pagi tadi terjaga dengan perasaan nak menangis. Sebab apa?
Bukan sebab aku emo atau mimpi buruk2, tapi aku terbangun bila terdengar bunyi 'pang' dan BB menangis. Huwaaa..bukak mata BB dah tak ada kat sebelah. Ye kawan-kawan, BB dah terjatuh katil. Kalau terjatuh atas carpet tak apa lagi, ni terjatuh atas CH punya exercise punya benda punya kaki yang memang letak kat sebelah katil. Cepat2 la aku angkat BB, sambil mulut tak berhenti cakap Ya Allah baby, Ya Allah..gomenne. Tambah kalut bila CH pun terbangun sama dan ikut sama saspen dan sibuk bertanya,'Macammana boleh jatuh?'

Gomenne BB. InsyaAllah tak ada apa. BB pun bukannya menangis meraung kuat. Setakat menangis biasa, tu pun sekejap je. Lepas angkat BB, aku susukan terus dia diam. Memandangkan dah 5.30pagi pun masa tu, aku pun takda perasaan dah nak sambung tidur. Terus pangku sambil usap2 BB. Huhu. Guilty gila sebagai mak yang tidur mati tak perasan anak dah tergolek2.

Tapi seriously, BB tidur sangat lasak. Aku rasa aku dah pernah cerita. Tapi memang betul la. Dia suka bergolek2 sampai dapat best position. Katil kitorang tu bkn sempit mana. Dah size King tu, pun boleh jatuh. Takkan nak pakai size lagi besar. Ada ke pun yang lagi besar? OK taknak tidur lantai, sakit badan.
Before ni BB tidur tengah2 between aku and CH. Tapi sejak timbul masalah BB asyik sepak mata/hidung/tangan bahagian2 badan lain CH yang menyebabkan CH menjerit kesakitan di tengah malam, aku letak BB kat tepi dan ada penghalang. Aku tambah lagi keliling BB dgn bantal. Kiranya kitorang tukar tidur jadi melintang katil tu dengan harapan space jadi luas untuk BB walaupun kepala dan kaki kami cukup2 tak terkeluar katil. Sapa tak paham tak apalah, aku pun malas nak terangkan.Haha.

Aku pun tak da amik gambar di tempat kejadian. Apa kerja sempat nak amik gambar sedangkan anak dah tergolek. Sebagai penutup terimalah gambar2 BB yang disnap bila entah aku pun dah lupa.

*relax la mama. saya lelaki melayu terakhir.takat tergolek tu small matter*

*Apa kelas duduk kat child seat. Saya nak drive la*

0 comments:

 
design by suckmylolly.com