Tuesday, November 16, 2010

197

Sorry la blog. Lama tak menulis. Tadi baca blog Dib, and aku sangat bersetuju. Orang yang pergi balik kerja kena drive 1 jam memang malas dah nak buat ape2 bila sampai rumah, selain makan dan tido. Tu sejam pun kira aku dah bernasib baik la. Kena nasib tak baik macam hari tu, Bangi- Gombak adalah 3 jam. Naik kebas segala anggota badan.
Tapi kena sabar. Sebab kalau pindah ke area dekat2 tempat kerja pun maybe dalam pertengahan/ akhir tahun depan. Tu pun kalau la segala yang kami rancangkan sekarang ni berjalan lancar, insyaAllah. Oh dan Alhamdulillah sebab CH pun dah nak tukar kerja yang insyaAllah dekat- tak berapa dekat sangat la jugak dengan tempat kerja aku. So macam dah boleh la kami nak pilih tempat untuk settle down. Cuma satu la yang aku malas/berat nak fikir...bila dah settle down tu maksudnya kami dah kena hantar BB ke nurseryyy..Huhu. Macam tak sanggup sebab sekarang Mama yang jaga BB so perasaan tu adalah sangat berbeza.

Hmmm..BB dah 15 bulan 2 minggu la lebih kurang. Dah besar anak aku rupenya. Macam2 dah boleh buat.
# Jalan masih di peringkat terkedek2 dan tanpa hala tuju. Sambil jalan sambil terkekek gelak entah apa yang kelakar pun tak tahu.
# Banyak mulut ikut sapa wallahualam *Jeling CH sikit* Tapi hampir semua yang BB cakap kami tak paham.
# Pandai guna nak dan nanak(tak nak) di masa yang sesuai. Cth setiap kali tgk org makan BB akan cakap nak. Bila dah makan and rasa tak sedap, pandai pula pulangkan balik kata nanak.
# Boleh panggil mammaaaaaaa dengan lancar *oh i luv u BB*
# Dah pandai salam and cium tangan. Tapi bila takdak mood, harammm BB nak buat.
# Semalam BB mengigau masa tido, cakap nak nak nak. Kahkah. Comel sekali, tapi apa yang dia nak tak tahu laa. Aku ngan CH dah tergelak2 atas katil.
# Cuba tanya mana mama, mana papa, mana nenek, mana tatok, mana pakyong, mana makcu? BB boleh tunjuk sorang2. Kira dia dah ingat dan boleh bezakan laa.
# Oh lagi satu cuba tanya mana mata, mana hidung, mana telinga, mana mulut?..haa pon BB dah boleh bezakan. Cuma time dia malas nak layan soalan2 yang sama dari mama dia, tanya la apa pon dia akan tunjuk lubang hidung. Terima kasih BB atas jawapan itu.
# Makan nak sendiri suap. Makanan favourite adalah yang pedas. Selain tu juga suka timun, kacang bunces/ kacang panjang dsb. Kismis pun kegemaran juga. Atok belikan Kismis TokGuru. Tulis kat label botol (Kanak-kanak: 7 biji sehari, Dewasa: aku tak ingat berapa, Hafiz/Hafizah: 21 biji sehari). BB kalau tiap kali makan mesti lebih 21 biji, hafiz pun kalah..mungkin ciri2 nak jadi genius dah terserlah.
# Gigi dah 7 btg. Makcu dah belikan berus gigi. Mekasih Makcu. Tapi BB guna berus gigi yang Makcu belikan untuk sikat rambut sambil gelak2. *Mama pengsan*
# Berat macam tu jugak. Tak banyak berubah. 10.5kg macam tu la tambah tolak. Tu pun dah tak larat nak angkat lama2.

Cukuplah setakat ini dahulu. Nanti kalau aku teringat apa2 lagi, akan aku tambah. Mungkin lagi sebulan dua. Hoih pemalashhh.

Oh ye. Selamat Hari Raya AidilAdha. Ampun segala dosa dan salahsilap kami sekeluarga. Aku cuti sehari je esok. CH lagi bagus, tak cuti langsong. Maka aktiviti di hari raya adalah makan ketupat dan rendang dengan pajamanomama.(ber- pajama)
Sekian.

0 comments:

 
design by suckmylolly.com