Dulu masa muda-muda, macamlah sekarang dah tua asyik la berangan. Walaupun dah kahwin nanti, aku akan tetap meneruskan hidup macammana masa aku bujang. Takde la totally 100%. Tapi dalam hati berazam bahawa on weekends aku tetap nak lepak2 dgn kawan tgk wayang ke, or just lepak2 gossip2 borak2. Tak semestinya weekends, balik kerja on weekdays pon best jugak dapat lepak borak2 dgn kawan2 dkt mamak stall. Of course, bersama suami aku sekali la. Wow, cool nya life aku kan.
Yeah right.
Tapi dah nama pun berangan kan. Bila dah kahwin, hidup jadi lain. Datte, jinsei wa kanarazushimo omou youni naru to wa kagiranai kara ne..
Bayangkan, pergi kerja setiap hari as early as 6:20am. 6:30am la paling lambat. Sampai rumah 6:30pm ataupun 7:00pm bergantung pada traffic jam terindah kat mrr2 tu. Balik rumah makan dan gomoi2 sama si mashamm(anak). Mandi, solat Maghrib, lepak2 tgk tv sambil layan anak borak, menguap dan tidur. Haha. Itulah rutin setiap hari Isnin hingga Jumaat.Aku rasa dah banyak kali aku tulis kat blog ni. Haha.
Weekend lah masa untuk meluangkan masa dengan anak dan suami. Masa ni lah nak jalan2 ke apa. Or dalam kes aku, weekend jugak la masa aku jenguk keluarga mertua. Yes, every week. Sebab dekat je pon. Haha.
Macam takde life kan. Hehe, I am not complaining. Indeed, aku happy sbb. ni lah life aku.. family, suami, anak.
Haha. Bunyi macam dah tua sangat.
Tapi entah, some of us mungkin takkan paham. Tak hairan la kan bila ada yang tegur dan cakap 'Lepas kahwin and dah ada anak, kau dah lain dowwww. Tak fun macam dulu'. Haha.. ok lah. Tak ada la direct macam ni, tapi sort of la. Aku dah simplekan ayat tu jadi straight forward.
Entah lah. I am still having fun. Cuma lainnya sekarang, I am having fun with my family.
Bukan lah maksudnya aku abaikan semua kawan-kawan aku. Tapi tu lah, untuk berlepak bersama2.. aku kena carik masa yg sesuai, yang aku pun tak tahu lah bila. Paham tak? Haha I bet org tak paham masalah dalaman aku ni sebab aku pun semakin confuse dah ni.
Tak semua orang kot macam aku.
If kau dah kahwin ada anak summore, yet boleh lagi spend time equally between family and friends.. I seriously respect that. Tips, please?
Jadi kawan2ku, bilamana aku sms/call/pm/comment fb or like pic etc.. bermakna aku tak lupa korang dan uuuuu, i miss u ols. Cuma disebabkan oleh komitmen lain/ masa/ kau kat sana aku kat sini dia kat situ etc menyebabkan kita terasa jauh. Haha..apa yang aku merepekkk ni.
Jadi apa yang aku nak sampaikan ialah, jangan lah kata kenapa orang dah kawin dan ada anak semua berubah sebab:
1) Tak semua macam tu so it's not fair kau nak label terus macam tu. Tapi yes, aku lah salah seorang yang berubah tu. Hahaha.
2) Kau takkan tahu sampai la turn kau nanti. Fine la. Angan2 kau maybe sama mcm angan2 aku before kahwin tapi in reality?
Haha. Aku rasa blog aku ni makin lama makin pointless. Sebab tu makin malas aku nak update. Eh btw, sesiapa ada koleksi english-novels yang dah taknak simpan sebab menyemak ke, apa kata jual kat aku seringgit satu. Haha, aku nak tambah koleksi la. Yang ada sekarang macam tak cukup jeeee.. Aku mintak kat adik aku, tapi tak dapat. Itulah masalah bila berkongsi hobi yang sama.Pffft.
Thursday, June 9, 2011
215
Posted by FF at 2:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



3 comments:
weih org single pun camtu la.. contohnye aku...balik keje lagi best rehatkan badan.. weekend baik lepak rumah layan mak.. nnt dah kawin xtau lagi leh lepak camtu ke tak... heheh.. skrg dah jarang la keluar dgn kawan2..
takutnya kalo aku dah kawin, skrg ni pon aku dah penat balik keje.. apatah lagi dah kawin nnt.. mintak tunjuk ajar pie senpai.. hehehhe...
zeed
weh zeed, bertahun aku nak reply comment ko..haha sowweeee *dasar suka abaikan blog*
ok, legaaa sbb normal jugak aku rupenye..kita serupaa..hahaha dun woli meh, sila la kawen walopon penat keje..hehhe
aku ade sorang kwn a.k.a kakak..yg ade anak dua...kdg2 aku kesian dgn laki n anak2 die sbb die suke join aktiviti org2 bujang cam kami ni....ktrg yg bujang ni lak yg risau tgk die..huhu...
sbenarnye aku nk bg tau,aku rs..pas kawen,ade anak..mgkn aktiviti bersama keluarga lebih logik/manis ..dari melepak bersame kawan2..haha..skali skale ok la..kan..hehe
Post a Comment