Monday, August 1, 2011

216

Assalamualaikum,

BB,
Kelmarin umur BB dah 2 tahun. Omedetou sayang, semoga BB jadi anak soleh, diberi kesihatan yang baik insyaAllah. Mama and papa tak buat pun celebration besar-besaran. Cukuplah setakat makan-makan dengan family members, kan?

BB,
2 weeks before your birthday hari tu, mama kena pergi kursus. Dah lah jauh kat Mersing, Johor..lama pula tu, 2minggu. Allah je yang tahu perasaan mama masa dapat surat pergi kursus tu. Sebab sejak lahir,mama dengan BB tak pernah berpisah lama. Paling lama pun setakat pukul 7pm mama balik kerja, or tengah malam kalau mama ada dinner or event yg mama kena attend. Tak pernah lagi sampai berhari-hari. Tambah-tambah lagi, BB still breastfeed especially time nak tidur malam. Risau betul mama pikir macammana BB nanti. Boleh ke BB survive tanpa meragam melampau?

BB,
Hari Ahad masa mama kena bertolak ke kursus tu, tak dapat nak bayangkan perasaan mama. Sedih. Tambah bila tengok muka BB and papa yang hantar mama. Walaupun few weeks before kursus mama dah keep bagitahu BB yang mama kena pergi kursus, mama yakin BB tak faham pun. Tambah sedih bila papa dengan BB dah nak gerak. Mula-mula BB tak perasan mama tak ada dalam kereta sampai la mama panggil dan cakap 'Babai'. Terus BB cakap 'Mama, masuk' banyak kali.

BB,
13 hari kursus. Tiap-tiap malam masa nak tido, mama mesti teringatkan BB. Rindu bau masam BB. Cuma mama tak nak layankan sangat perasaan tu. Takut BB kat rumah pun dapat rasa, and nanti meragam. Kesian papa, kesian atuk, kesian nenek.Tiap petang mama curi masa untuk telefon rumah, rindu dengan suara BB..rindu dengar keletah BB.
Papa cakap BB good boy. Tak banyak meragam, pandai bawa diri. Cuma sekali sekala tu biasalah.

BB,
Mama tahu tak senang BB nak wean off. Tapi 13 hari sepanjang mama kursus tu BB boleh je tahan. Lagipun BB kan umur dah 2 tahun. So mama ambil keputusan memang nak stopkan BB dari menyusu dah after balik kursus tu. Walaupun dah beberapa kali BB minta and mengamuk sebab mama taknak kasi. Sorry sayang.

BB,
Semalam BB meragam teruk. BB marah sebab mama tak nak susukan BB. BB nangis, mama pun ikut sama nangis. Bila BB terkejut tengok mama nangis, makin kuat la BB nangis. Tapi akhirnya BB yang stop nangis dulu. Tu pun bila mama bawak BB layan youtube, dengar azan. Your favorite. Mama pun tak paham kenapa, BB suka betul dengar azan. Lepas tu BB usap kepala mama sambil cakap 'Mama...mama..'. Kita tengok youtube sampai mama perasan BB dah lentok kat mama. Dah tertido, penat sangat menangis agaknya.

Dah 16 hari BB tak menyusu. I am very proud of you, sayang. Mama tahu tak senang untuk BB stop, tapi I know you can do it.

Gambarou ne!

0 comments:

 
design by suckmylolly.com